Malam ni ayong nak pergi gym, rasa nya ada tak sesiapa yang nak temankan ayong pergi, huhuhuhuhu....
Ayong suka lelaki yang aktif sukan ni, biar badan smart sket, tak mau le ada spair tyre kat badan dia, huhuhuhu...
Jadi kepada sesiapa yang rasanya nak sama-sama dengan ayong menjaga kesihatan serta menjaga susuk badan, marilah kita serbu gym ramai2 malam niii... tp ayong p kat bp jek le, hehehehe...
Kalau ada yang tak dapat pergi, boleh klik kat link gym & fitness kat blog ayong tu, ayong ada sertakan link untuk sama-sama belajar menjaga bentuk badan k...
Hidup Sukan Untuk Negara....
Thursday, May 20, 2010
hai semu....
Asslamualaikum...
Ayong nak minta maaf kepada semua rakan-rakan yang mengikuti blog ini dan kepada mereka yang menjadi rakan ayong di tagged kerana ayong dah lama tak online...
Sejak kebelakangan ni ayong bz sket dengan kerja, lagi pun skrang ni tengah kena audit, tu yang bz memanjang...
apa2 pu ayong akan pastikan ayong mempunyai masa untuk update blog ni k... kepada rakan2 yang tak dapat jumpa ayong di tagged, boleh lah berikan komen di blog ni....

Wednesday, May 19, 2010
Biar ibu terbaring berlumuran darah
MUAR: Hanya kerana berselisih faham, seorang lelaki bagai dirasuk syaitan apabila tergamak menyerang ibu kandungnya sendiri dengan parang sehingga menyebabkan warga emas berusia 65 tahun itu berhempas-pulas mempertahankan diri ketika kedua-dua mereka bergelut selama beberapa minit.
Bagaimanapun, kudrat wanita itu tidak berupaya melawan tenaga lelaki berusia 36 tahun mengakibatkan mangsa ditetak beberapa kali pada anggota badan termasuk di leher, tangan dan bahu sebelum dibiarkan terbaring berlumuran darah.
Peristiwa berdarah di sebuah rumah di Parit Bakar di sini, kira-kira jam 3 petang kelmarin, bermula apabila lelaki terbabit yang dipercayai menghadapi masalah mental, tidak puas hati teguran ibunya sehingga mencetuskan perang mulut.
Dia yang tidak puas hati bertindak di luar batas apabila mengambil sebilah parang panjang sebelum mengugut untuk mencederakan ibunya.
Namun, ibu terbabit masih berusaha memujuk anaknya yang naik minyak itu sebelum dia ditetak di leher dan beberapa bahagian badan lain.
Selepas itu, suspek langsung tidak cuba melarikan diri sebaliknya duduk bersebelahan ibunya yang parah.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli, berkata anggota polis yang menerima maklumat kejadian terbabit bergegas ke tempat kejadian.
Sebaik tiba di lokasi kira-kira 10 minit kemudian, sepasukan polis memujuk lelaki itu yang kemudian menyerahkan diri dan merampas sebilah parang sepanjang 25 sentimeter.
Menurutnya, mangsa dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini, bagi mendapatkan rawatan.
“Setakat ini mangsa dilaporkan stabil dan kami menyiasat motif kejadian.
“Setakat ini, kami mengesyaki suspek mempunyai masalah mental, namun perkara itu tidak dapat dipastikan sehingga siasatan selesai,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Mohamad Nasir berkata, suspek direman pada hari sama dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
Mengaku tanam bayi
MELAKA: Satu pasangan kekasih remaja menjadi pasangan pertama di negara ini didakwa atas pertuduhan bersama menyembunyikan kelahiran seorang bayi lelaki dengan mengebumikannya di satu kawasan di tepi sungai di Batu Berendam pada 12 Mei lalu.
MALU...Muhammad Safiuddin dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Alor Gajah untuk dibawa ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, semalam.
Tertuduh, Muhammad Safiuddin Mohd Zahari, 19, dari Taman Melaka Baru, dan teman wanitanya yang juga juvana berusia 15 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam terhadap pertuduhan itu.
Pada prosiding bermula jam 3.05 petang itu, tertuduh lelaki berpakaian baju-T warna merah jambu dan berseluar panjang hitam, manakala pasangannya berbaju jaket hijau dan memakai seluar trek kelihatan tenang mendengar pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Muhamad Faizal Ismail.
Sejurus pertuduhan dibaca dan diterangkan, Muhammad Safiuddin yang berada dalam kandang pesalah bertanya apa dimaksudkan dengan ‘minta dibicarakan’ atau ‘mengaku bersalah’.
Jurubahasa kemudian menjelaskan jika mengaku bersalah, mahkamah tidak akan menjalankan perbicaraan dan terus menjatuhkan hukuman, manakala jika tidak mengaku bersalah perbicaraan akan dijalankan. Juvana itu yang berdiri di luar pula mengaku bersalah sejurus ditanya jurubahasa.
Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa melakukan kesalahan itu di tepi sungai Taman Melaka Baru, Batu Berendam, antara jam 12 tengah hari hingga 12.30 tengah hari pada 12 Mei lalu.
Mereka dituduh mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama, jika disabitkan boleh dipenjara dua tahun dan didenda atau kedua-duanya sekali.
Timbalan Pendakwa Raya Mahmoodah Abdul Latiff memberitahu mahkamah pihak pendakwaan bersedia dengan fakta kes, namun laporan akhlak dan sosial belum diperoleh.
Beliau kemudian memohon tarikh lain bagi mendapatkan laporan akhlak dan sosial tertuduh dan juvana itu serta menawarkan jaminan RM10,000 bagi setiap tertuduh.
Muhammad Safiuddin bagaimanapun merayu jaminan dikurangkan atas alasan masih belajar dan memohon diberikan peluang berubah oleh mahkamah dan begitu juga juvana terbabit.
Juvana itu merayu jaminan dikurangkan kerana dia masih belajar, manakala ibunya seorang ibu tunggal.
Berikutan itu, majistret menangguhkan keputusan fakta dan hukumannya pada 17 Jun depan dan menetapkan jaminan RM2,000 bagi Muhammad Safiuddin dan juvana itu.
Pada mulanya kedua-dua remaja terbabit dijangka dituduh di Mahkamah Majistret Alor Gajah, namun media yang menunggu sejak awal pagi hingga tengah hari terkejut apabila pasangan terbabit dibawa keluar dari lokap mahkamah untuk didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh kerana berlaku kesilapan teknikal mengenai tempat kejadian.
Pada prosiding di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, galeri awam dipenuhi orang awan dan juga ahli keluarga juvana dan teman lelakinya itu.
Ibu Muhammad Safiuddin kelihatan cuba menenangkan anak lelakinya itu sambil berpelukan, manakala juvana terbabit yang duduk di samping ibunya kelihatan menutup muka dengan tuala kecil berwarna biru.
Monday, May 17, 2010
hai semua....
assalamualaikum....
Ayong baru jek blek keje ni, tension arh hari ni. Dah le keje banyak, kena marah plak dengan bos... Rasa macam nak nangis jek, kalau le diikutkan kata hati, rasa macam nak berhenti jek... Tapi nak wat macam mana kan, keje dah le susah nak dapat sekarang ni, dah bekerja tak kan nak berhenti plak kan..
mmmm.... Ayong kalau bleh nak cari pasangan hidup yang ada pekerjaan tetap dan stabil, bila dah kawin nanti ayong tak yah le nak kuar bekerja, biar duduk kat umah jaga suami dan anak-anak, huhuhhuuu....
Mudah-mudahan ayong akan jumpa dengan orang tu satu hari nanti...
Sunday, May 16, 2010
Teka-teki
1)Ada 3 sahabat iaitu pekak, bisu dan buta. Pada suatu hari, pekak telah mencuri duit si buta dan perkara itu telah disaksikan oleh si buta
Atas rasa tanggung jawab sebagi seorang kawan, bisu ingin memberitahu buta bahawa si pekak telah mencuri duit nya....
Persoalannya, bagaimanakah si bisu ingin memberitahu si buta yang si pekak telah mencuri duit nya...
2) Disebuah pulau yang dipagar, terdapat banyak jenis buah -buahan.
Pada suatu hari, pulau yang dipagar itu telah terbakar dan menyebabkan semua buah- buahan yang berada di pulau tersebut turut terbakar kecuali 3 jenis buah, sila nyatakan...

Saturday, May 15, 2010
Badminton Malaysia
Kalau kita cakap pasal badminton malaysia ni, ayong pun tak tau nak kata apa.... Dato Lee Chong Wei tu adalah pemain no 1 dubia tapi bleh plak kalah dengan lindan tu.Memang memalukan, memang le orang kata kalah @ menang tu adat poertandingan. Tapi kalau kalah pun biar lah kalah bermaruah, ini set pertama kira ok le sebab kalah 21-17, bila masuk set ke2 tu, ayong ingatkan bleh le nak improve permain. Rupa2nya lagi teruk kalah 21-8, tak ke memalukan.
Apa-apa pun ayong harap pasukan badminton malaysia dapat mempertingkatkan lagi corak permainan mereka. Ayong adalah salah seorang peminat sukan badminton ni, jadi ayong harap pasukan badminton malaysia tidak akan mengecewakan ayong dengan peminat-peminat yang lain.

Friday, May 14, 2010
selamat hari guru
Hari guru bakal disembut pada 16 Mei 2010(ahad). Dikesempatan ini ayong nak ucapkan kepada semua guru2 di Malaysia ni Selamat Hari Guru. Gru ni ada lah satu pekerjaan yang mulia, mereka telah mendidik kita dari kita hanya seorang pelajar biasa hingga kini ada yang menjadi doktorengineer,lawyer an bermacam lagi.
Jadi kita haruslah mengenang jasa guru-guru kita yang pernah mendidik kita. Marah mereka kepada kita adalah kerana mereka sayang kepada kita. Kalau dulu mereka tidak memarahi kita, mereka tidak merotan kita dan mereka tidak menegur kita, mungkin kini kita adalah dikalangan orang yang alpa.
Jadi kepada semua guru-guru dimalaysia mahu pun yang berada di seluruh pelusuk dunia, ayong ucapkan terima kasih diatas pengorbanan mu. Jasamu akan tetap dikenang.

Thursday, May 13, 2010
huuuaaaaahhhh
susah nya nak tido malam ni. Ayong memang macam ni, selalunya kalu malam susah sangat nak tido. Tapi tak pe, ayong bleh le update blog ayong ni.
Hari ni ayong pegi gym, saje nak keluar peluh sikt2... asik duduk kat opis tu kena sejuk tak kuar pelu. ada tak member2 yang suka pegi gym, kalu ada bleh le teman kan ayong.
Kepada rakan-rakan yang tengok blog ayong ni, mari le kita sama-sama tengok bleg kegemaran ayong. Ayong ada senarai kan kat blog list tu.heheheeheheheee.....
Esok ayong ada mesyuarat pagi, risau plak tak leh nak tido ni....

serba sikit tentang diriku
Nama: Raja Intan Binti Raja Khairl Anwar
Tarikh Lahir: 30 November 1985
Umur:25 Tahun
Pendidikan:Ijazah Sarjana Muda Perakaunan
Pekerjaan: KWSP
Itu lah nama penuh ku, tapi aku lebih selesa kalau orang memanggil aku ayong. Aku dilahirkan di Morocco. Berdarah akcukan melayu dan arab. Ibuku seorang wanita arab manakala ayah ku pula berdarah melayu. Mereka bertemu semasa ayah ku berkhidmat di morocco sebagai perunding.
Aku mula berpindah ke Malaysia sewaktu umur ku 8 Tahun, selepas ibuku meninggal dunia. Sekarang ni aku hanya ada ayah dan kakak ku sahaja. Raja nurfairus binti raja khairil anwar, itu lah nama kakak kesayangan ku.
Aku mempunyai hobi yang memerlukan belanja yang agak besar, aku gemar melancong sama ada di dalam negeri atau pun diluar. Antara negara yang telah aku lawati ialah jepun, korea, singapura dan indonesia. Aku berharap agar suatu hari nanti aku dapat berjalan mengelilingi dunia, itu lah impian ku.
Subscribe to:
Posts (Atom)